hooo yeahhh..memang bersemangat la kan...
masa kat rumah rasa macam oh! excitednye nak balik...nak jumpa kura-kura sekelian...
nak makan kuey teow gorang abang sedap. sumpah abang tu masak sedap gile.
tapi tup2 naik sem abang tu da tak keje. saya pon menambil kesempatan interview makcik yang dulu keje sekali ngan abang tu untuk merungkai persoalan yang telah mengecewakan hati saya itu. sekali makcik tu cakap abang tu dah balik melaka buat bisnes sendiri.
cis abang. buat ape kau susah2 balik melaka, kat sini aku dah sedia jadi pelanggan tetap kau.
dan naik sem ni saya telah menanam beberapa azam untuk menjadikan diri ini lebih baik daripada diri ini pada sem lepas.
waahh..baek punye ah ayat.
azam pertama : tak nak ponteng kelas.
yang ini sangat penting ye. restu cikgu tu penting untuk kita dapat ilmu yang halal.
masa cuti hari tu saya ada borak2 dengan ibunda saya. macam2 la kami borakkan. dari pasal kaler baju raya tahun ni, pasal abang nak tunang, pakwe makwe adik beradik, esok nak masak pe, esok saya nak makan apa sampai la ke isu-isu semasa artis malaysia kita. yes, ibunda saya memang suka gossip2 artis ni.
sekali keluar la topik pasal belajar (punya la aku berusaha nak alih2 topik kan). yela perbualan antara emak dan anak, what do you expect? mesti lah nak macam ilmiah sket kan.
mula2 cakap pasal kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang tak berapa berdisiplin.
ala. tak berdisiplin camane sangat..makan x ikut waktu, mandi tak ikut waktu, tido lambat, bangun lambat, tak pegi kelas sebab bangun lambat, mende-mende camtu je..senang cite time management la kan.
pastu mula la ibunda saya menunjukkan bakatnya yang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya. membebel. bukan. bukan saya tak suka ibunda saya membebel. cuma..urmm..cuma...arr..err..tu...ala...


ah.cukup zafirah.
ibunda membebel sebab dia take care..kan..dia sayang sangat la tuh..
macam ibunda saya, saya makan lambat2 nanti dia cakap dapat gastrik..
saya mandi lewat2 malam dia cakap nanti dapat sakit jantung berair.
mende2 macam tu kita dah tahu kan..tp saje buat tuli tak nak ikot.
eh.jap. ni nak citer pasal ape ni? seronok je aku menaip.
TAK NAK PONTENG KELAS KAN?
macam ni, saya buat confession la kat ibunda saya yang saya selalu gak ponteng kelas lagi2 kalau kelas tu seawal pukul 8 pagi.
memang harapan la kan.
dah dengar confession saya tu.
ibunda saya ape lagi. dia terus buat muka. nak merajuk la tuh. sebelum muncung beliau panjang sedepa mesti la kene membebel sejam dua.
ok2. nak buang sikit rasa guilty tu saya pon berjanji untuk tidak lagi ponteng kelas secara sengaja.
okeh! semangat nih!
ni dalam first week kelas dah setat ni kan..
malang sekali.
hari isnin dan jumaat je muka aku menonjolkan dirinya di kelas.
hari isnin tu kelas ape ek namanya?aku tak ingat da.
sebab tulis entry ni hari ahad kan,
so ingatan kejadian seminggu yang lepas macam dah semakin pudar.
kalau tak silap aku kelas Fizik Keadaan Pepejal.
ya, kalau dalam bahasa melayu ia kedengaran pelik sikit.
kalau dalam english orang panggil Physics In Solid State. ha,cam sedap sket bunyi dia ek?
hari Jumaat pulak aku pegi kelas Kaedah Matematik Dalam Fizik.
yang ni pon nak translate ke english jugak ke?
tak payah la ek. aku pon tak tahu nama dia dalam bahasa omputih ape.
ha, kelas ni memang aku konpem aku memang wujud dalam kelas tu. sebab hari Jumaat kan.
tapi aku rasa macam tak ada makna aku datang kelas tu.
sumpah.
macam ni cerita dia.
kelas tu pukul 10 pagi.
so malam tu aku agak2 ok ar ni, pukul 10. tak awal sangat tak lewat sangat.
aku tido.
pagi tu roomate kesayangan kejut bangun subuh.
dah sembahyang.. tengok jam dalam pukul 6.58 macam tu.
dalam hati, wah! rasa hari ni bermakna sikit sebab bangun subuh awal
pastu dan dan rasa bersemangat je nak pegi kelas pukul 10 nanti.
"ini sudah bagus!" kata aku dalam hati. yela,dah lama tak pegi kelas,kau rasa excited la kan.
"tapi sekarang masih awal kalau nak bersiap pegi kelas." hati aku bermonolog lagi.
pastu aku rasa ada setan bertanduk datang bisik kat aku.
"eh fira, kelas lambat lagi, baik kau tido lu. kau tengok bantal kau tu. empuk semacam aku tangok. comforter kau tu, mesti lembut je kan, mesti kau rasa macam dalam pelukan
krrooohh...kroohhh....krroohhh..
buka mata.
tengok enset.
shit! pukul 9.43 a.m camtu la kot.
message dan miss call daripada geng kura-kura tak dapat aku jawab lagi.
memang dah tahu dah isi dia apa.
"Fifi! jom gerak!"
"Fi, kitorang tunggu kat kafe eh."
last2.
"Fi, kitorang gerak lu r eh. jumpa kat kelas eh"
aku cepat2 mandi, siap2 ala kadar.
sampai lens pon tak sempat pakai.
dah la spek mata takde.
patah. aku tak tahu la haram jad mana pijak.
aku rasa aku.
tapi aku tak tahu pulak bila. sedar2 dah patah.
so dah sampai kelas tu.
memang dah lambat la kan.
aku berlagak profesional la.
PROFESSIONAL : wat muka comel2 sket bila masuk kelas tu.
kalau lecturer laki untung lepas la.
kalau ponpuan? pandai2 kau ar nak hidup.
aku takpe..memang inborn talent punye.
memang aku ditakdirkan selalu datang lambat agaknya.
dalam kelas.
terkebil-kebil aku tengok apebenda yang lecturer tuh ajar kat skrin putih tu.
sumpah tak nampak apa-apa.
apa yang aku dengar ada series, infinite series, mac lauren series, taylor series, diverging, converging dan apa-apa lagi la.
kalau ada budak2 sains yang baca blog aku ni mesti cakap "alah, senang je series2 ni" kan2?
ala..chapter 1 baru.
tak kan nak expect integration by substituion dan by part kot.
eh. yang tu pon senang bagi korang?
ok2..aku surrender. T___T
dah habis kelas, aku pikir.
ape yang aku dapat dari kelas yang aku pegi tadi.
ya,assingment.
cis. baik aku sambung tido tadi.
so, pengajaran daripada peristiwa hari Jumaat,
hari ni aku pegi outing buat spek.
nice one.
RM128.
I loiikeee...hehe..
ok.dah dapat spek baru sila pegi kelas selalu ye Zafirah!
eh tapi ok ape.
kira macam pembuka dan penutup la kan pegi kelas hari Isnin dan Jumaat je.
cis, kau ni zafirah. perangai macam haram.
kalau la ibunda aku baca blog aku ni kan, mesti dia kecewa dengan aku.
hantar aku belajar, bagi duit.
mati-mati ingat aku tengah tunggang terbalik buat esaiment, study sampai pukul 3 4 pagi.
hish. ni macam dah tempah title anak derhaka buat ibunda terasa.
ish. neraka tu..
ok! esok pegi kelas!!
eh.tak larat pulak nak taip azam kedua.
nanti2 pulak la eh..hoho.
p/s: nanti bila ada masa geng kura-kura akan diperkenalkan... (^_^)
No comments:
Post a Comment