Wednesday, July 14, 2010

ape nak jadi?

sekarang dah mula sem 3..
hooo yeahhh..memang bersemangat la kan...

masa kat rumah rasa macam oh! excitednye nak balik...nak jumpa kura-kura sekelian...

nak makan kuey teow gorang abang sedap. sumpah abang tu masak sedap gile.
tapi tup2 naik sem abang tu da tak keje. saya pon menambil kesempatan interview makcik yang dulu keje sekali ngan abang tu untuk merungkai persoalan yang telah mengecewakan hati saya itu. sekali makcik tu cakap abang tu dah balik melaka buat bisnes sendiri.
cis abang. buat ape kau susah2 balik melaka, kat sini aku dah sedia jadi pelanggan tetap kau.

dan naik sem ni saya telah menanam beberapa azam untuk menjadikan diri ini lebih baik daripada diri ini pada sem lepas.
waahh..baek punye ah ayat.

azam pertama : tak nak ponteng kelas.

yang ini sangat penting ye. restu cikgu tu penting untuk kita dapat ilmu yang halal.
masa cuti hari tu saya ada borak2 dengan ibunda saya. macam2 la kami borakkan. dari pasal kaler baju raya tahun ni, pasal abang nak tunang, pakwe makwe adik beradik, esok nak masak pe, esok saya nak makan apa sampai la ke isu-isu semasa artis malaysia kita. yes, ibunda saya memang suka gossip2 artis ni.

sekali keluar la topik pasal belajar (punya la aku berusaha nak alih2 topik kan). yela perbualan antara emak dan anak, what do you expect? mesti lah nak macam ilmiah sket kan.
mula2 cakap pasal kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang tak berapa berdisiplin.

ala. tak berdisiplin camane sangat..makan x ikut waktu, mandi tak ikut waktu, tido lambat, bangun lambat, tak pegi kelas sebab bangun lambat, mende-mende camtu je..senang cite time management la kan.

pastu mula la ibunda saya menunjukkan bakatnya yang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya. membebel. bukan. bukan saya tak suka ibunda saya membebel. cuma..urmm..cuma...arr..err..tu...ala...


ah.cukup zafirah.

ibunda membebel sebab dia take care..kan..dia sayang sangat la tuh..
macam ibunda saya, saya makan lambat2 nanti dia cakap dapat gastrik..
saya mandi lewat2 malam dia cakap nanti dapat sakit jantung berair.
mende2 macam tu kita dah tahu kan..tp saje buat tuli tak nak ikot.

eh.jap. ni nak citer pasal ape ni? seronok je aku menaip.
TAK NAK PONTENG KELAS KAN?
macam ni, saya buat confession la kat ibunda saya yang saya selalu gak ponteng kelas lagi2 kalau kelas tu seawal pukul 8 pagi.
memang harapan la kan.

dah dengar confession saya tu.
ibunda saya ape lagi. dia terus buat muka. nak merajuk la tuh. sebelum muncung beliau panjang sedepa mesti la kene membebel sejam dua.

ok2. nak buang sikit rasa guilty tu saya pon berjanji untuk tidak lagi ponteng kelas secara sengaja.

okeh! semangat nih!




ni dalam first week kelas dah setat ni kan..
malang sekali.
hari isnin dan jumaat je muka aku menonjolkan dirinya di kelas.

hari isnin tu kelas ape ek namanya?aku tak ingat da.
sebab tulis entry ni hari ahad kan,
so ingatan kejadian seminggu yang lepas macam dah semakin pudar.
kalau tak silap aku kelas Fizik Keadaan Pepejal.
ya, kalau dalam bahasa melayu ia kedengaran pelik sikit.
kalau dalam english orang panggil Physics In Solid State. ha,cam sedap sket bunyi dia ek?

hari Jumaat pulak aku pegi kelas Kaedah Matematik Dalam Fizik.
yang ni pon nak translate ke english jugak ke?
tak payah la ek. aku pon tak tahu nama dia dalam bahasa omputih ape.
ha, kelas ni memang aku konpem aku memang wujud dalam kelas tu. sebab hari Jumaat kan.
tapi aku rasa macam tak ada makna aku datang kelas tu.

sumpah.

macam ni cerita dia.
kelas tu pukul 10 pagi.
so malam tu aku agak2 ok ar ni, pukul 10. tak awal sangat tak lewat sangat.
aku tido.
pagi tu roomate kesayangan kejut bangun subuh.
dah sembahyang.. tengok jam dalam pukul 6.58 macam tu.
dalam hati, wah! rasa hari ni bermakna sikit sebab bangun subuh awal
pastu dan dan rasa bersemangat je nak pegi kelas pukul 10 nanti.

"ini sudah bagus!" kata aku dalam hati. yela,dah lama tak pegi kelas,kau rasa excited la kan.
"tapi sekarang masih awal kalau nak bersiap pegi kelas." hati aku bermonolog lagi.

pastu aku rasa ada setan bertanduk datang bisik kat aku.

"eh fira, kelas lambat lagi, baik kau tido lu. kau tengok bantal kau tu. empuk semacam aku tangok. comforter kau tu, mesti lembut je kan, mesti kau rasa macam dalam pelukan David Villa Prince Charming kalau kau selimut kan?" cis. memang kau setan.

krrooohh...kroohhh....krroohhh..

buka mata.
tengok enset.
shit! pukul 9.43 a.m camtu la kot.
message dan miss call daripada geng kura-kura tak dapat aku jawab lagi.
memang dah tahu dah isi dia apa.
"Fifi! jom gerak!"
"Fi, kitorang tunggu kat kafe eh."
last2.
"Fi, kitorang gerak lu r eh. jumpa kat kelas eh"

aku cepat2 mandi, siap2 ala kadar.
sampai lens pon tak sempat pakai.
dah la spek mata takde.
patah. aku tak tahu la haram jad mana pijak.
aku rasa aku.
tapi aku tak tahu pulak bila. sedar2 dah patah.

so dah sampai kelas tu.
memang dah lambat la kan.
aku berlagak profesional la.

PROFESSIONAL : wat muka comel2 sket bila masuk kelas tu.
kalau lecturer laki untung lepas la.
kalau ponpuan? pandai2 kau ar nak hidup.
aku takpe..memang inborn talent punye.
memang aku ditakdirkan selalu datang lambat agaknya.

dalam kelas.
terkebil-kebil aku tengok apebenda yang lecturer tuh ajar kat skrin putih tu.
sumpah tak nampak apa-apa.
apa yang aku dengar ada series, infinite series, mac lauren series, taylor series, diverging, converging dan apa-apa lagi la.
kalau ada budak2 sains yang baca blog aku ni mesti cakap "alah, senang je series2 ni" kan2?
ala..chapter 1 baru.
tak kan nak expect integration by substituion dan by part kot.
eh. yang tu pon senang bagi korang?
ok2..aku surrender. T___T

dah habis kelas, aku pikir.
ape yang aku dapat dari kelas yang aku pegi tadi.
ya,assingment.
cis. baik aku sambung tido tadi.

so, pengajaran daripada peristiwa hari Jumaat,
hari ni aku pegi outing buat spek.
nice one.
RM128.
I loiikeee...hehe..

ok.dah dapat spek baru sila pegi kelas selalu ye Zafirah!

eh tapi ok ape.
kira macam pembuka dan penutup la kan pegi kelas hari Isnin dan Jumaat je.
cis, kau ni zafirah. perangai macam haram.

kalau la ibunda aku baca blog aku ni kan, mesti dia kecewa dengan aku.
hantar aku belajar, bagi duit.
mati-mati ingat aku tengah tunggang terbalik buat esaiment, study sampai pukul 3 4 pagi.
hish. ni macam dah tempah title anak derhaka buat ibunda terasa.
ish. neraka tu..

ok! esok pegi kelas!!

eh.tak larat pulak nak taip azam kedua.
nanti2 pulak la eh..hoho.


p/s: nanti bila ada masa geng kura-kura akan diperkenalkan... (^_^)

Saturday, July 3, 2010

tag? bestest? greatest?

terima kasih kepada cik Diyana.
saya pon tertanya-tanya..
apakah? bestkah? greatkah?
this whole blog tagging thing is so new to me.
first time kot dapat tag.
tipu kan kau yana.
tak sampai sebulan buat blog dah dapat award kan.
award bestest and greatest blog pulak tuh.
kot ye nak bagi aku jawab tag for d very first time pon biar la macam munasabah sikit.
takpe lah, mari menjawab!

1: Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni.
hah? apakah makna semua ni?
now i know why she tagged me.
xpe2..akan memuji seikhlas hati. =)
yana ni kalau sedara/i yang membaca blog saya nak tahu, dia ni alim..
alim la daripada saya ni ha..
plus, dia ada banyak muvie dalam hard disk dia.
tu saya suka sangat.
tapi saya akan lagi suka kalau dia download kan GOSSIP GIRL season 3 and 4 untuk saya.
yana, highlight yang atas ni ya!
lagi satu, dia ada stock oligo coco iaitu minuman kegemaran saya sejak minum dia punya.
urm,ape lagi.
ouh.saya suka study dengan dia.
sebab dia boleh layan kehendak saya yang suka main tanya-tanya.
kalau atie, konpem tensen dengan saya. 'fira! balik bilik skang!' - atie cakap.
haha.takdela..lagi?
yana ada taste macam saya jugak.
saya cakap gini sebab dia la orang yang saya share pendapat kalau ada berkenan kat baju-baju atau bag-bag atau wutever stuff yang saya jumpa di web.
kalau da jumpa something, buzz kat ym.
fira:weh2,usha ni jap..
yana:bg link
fira:ckfjss.snjd.com
yana:ha,cantik2..tp..blablablablabla..
fira:tu la pasal, blablablablablabla..
macam da panjang je.
nak lagi ye yana?
dah la ek..puji banyak2 nanti timbul perasaan riak.
tu yang kita taknak ye yana. =)





2: Sila beri award kepada 10 blogger yang lain
wut? camana nak tag orang r?
hah.memandangkan follower saya memang ada 5 orang je.
tolak cik yana 4 orang je.
so ini lah 4 orang yang bertuah kitaaaa...

1. Cik Anira Kesayanganku
2. Cik Rina kerinduanku
3. Encik Lakov ke..ke..ke ape r? kehenseman la..
4. OMG,saya lupa, saya follow diri sendiri. bukan..bukan nak soh nampak banyak follower.
tapi saya tersalah tekan masa baru wat blog dulu..sadis oh? kalau boleh unfollow saya wat. macam kat formspring tu saya wat.tp tak boleh owh...wat2 tak nampak je eh..


Friday, July 2, 2010

suka! mahu! dan kesukaan.

sepanjang berada di rumah memang saya selalu menjalankan aktiviti browsing page2 yang menjual barangan kegemaran saya.

pertama, bag.

kehendak atau keperluan? *tips captain cash yang kat tv3 tuh. kan? kalau x silap la*

keperluan.

betol, saya takde bag kalau nak kluar taw.

bag nak gi kuliah takpe, saya boleh guna bag lama je, atau saya boleh bawak buku2 tu dengan tangan saya ni je. (sambil angkat tangan dan tunjuk dengan bersemangat)

**tengok la kan, kalau bab belajar takpe kalau takde barang baru*


saya sangat cair dengan bag nih.
ya, dia bulat.
kawan saya si Liyana Redzuan cakap bag ni geli eeuww eeuww.
duh (-_-')


tapi tetap comel di hati saya.
cuba tengok orang atas ni pakai.
comel gile kan.
ya, saya pon nak aura kecomelan tu jugak.
Encik boyfriend sila ambil perhatian
ok lupakan.
proceed!

cardigan di bawah ini juga menarik perhatian saya.
tapi terpaksa lupakan dia.
dia sangat mahal.
well, sangat mahal bagi orang macam saya yang selalu kopak.
=(


eh.da macam page orang nk jual da kan sebab selalu upload gambar baju bag sume?
*ok, baru dua kali* (-_-')

agak2 dorang marah tak ar saya upload gambar dorang ni?
manalah tahu ada copyright ke tapi saya tak perasan kan.
jangan laaa dorang marah.


and,oh. sambung ya.

saya paling suka tengok orang pakai shawl.

cantik, style, anggun, kemas, dan u name it. segala pujian yang ada kat dunia nih.
ah. melampau kau ni kan..

saya memang nak pakai shawl.
penat datang bilik kak ain untuk menghadiri tutorial pakai shawl secara percuma.
tegar tak tegar dari tingkat 5 tuh sanggup turun tingkat 1. *tolong la kagum.
dan memang bayak kali dah pegi bilik orang belajar pakai shawl.

and bila nak keluar keesokan hari.
malam tuh mesti akan pakai shawl dulu.
rehearsal. tawu?
so esok tak de la ada suara2 irritating macam

"alamak! tak sesuai la corak ni!"
atau
"ala, lembik la kain shawl ni"
atau
"ala, melekat kat muka la, da macam bola bowling da muka i" *assume tiga lubang untuk jari tu mata dan hidung ya.
atau
"pakai shawl ni banyak nampak pipi la, i tak biasa la pipi i terdedah banyak sangat"
ok.cukup2. dah melalot dah.
atau last skali,
"u tahu tak, i rasa muka i memang tak sesuai pakai shawl la"

suara-suara sebegitu memang sangat annoying kepada orang yang sedang menunggu kita bersiap untuk keluar bersama sama nanti ye.
nak nak lagi yang last tuh.lepas dah try dua tiga belas helai shawl.
memang nak kene pelangkung.

ok.tu pentingnya pakai dulu shawl tu malam sebelum pegi outing tu ye.
kalau saya,
eh, apehal i i u u kat atas tu ek? bukan, tebiat sket. biasa laaa..
ok2, kalau saya kan.
dah siap pakai shawl tu, nanti snap pic, pastu anta kat encik boyfriend.
yola.orang ada boyfriend kann................
apahal kau?
dushummm!
ok,da bangun balik dari tumbuk diri sendiri. (-_-')

sambung tulis.
nanti encik boyfriend pon balas.
" hoi, apehal?"

eh.apehal?
rilek..jangan gelabah..
*padahal cam nak pecah jantung tengok encik boyfriend balas message camtu. tuh baru 'hoi, apehal' kalau 'hoi,aku nak mintak cerai' T__T..*
tengok2.
laaa..patot pon.
tersalah anta kat classmate yang dengki tuh..

cis.dala pose punye eksotik tadi, dengan mulot muncung2.
ok2. tak yah balas messange dari si classmate tadi.
hantar lagi sekali pic tadi kepada encik boyfriend.
kali ni pastikan namanya betol!

encik boyfriend pon balas message
"alowlow comeynye kekasih hati abang"

abang?eh.salah anta lagi ke?
hehe,bukan2.
oh puhliizzzz la girls...dont call your boyfriends abang boleh?
ok2.in my version takkan ada respon macam tu ye.
tapi lebih kurang la.

so.bila encik boyfriend dah menaburkan segala pujian yang mengembangkan anggota badan yang tertentu.
barulah rasa confident level tu tinggi sket kan.
so, ok.dah decide.
esok outing pakai baju ni dengan jeans tu dengan shawl ni. sandal pinjam budak bilik sebelah punye.
boleh masok tido dengan tenang.
zzzzzzzzzz.....zzzzzzzzz......zzzzzzzzzzz

keesokan hari a.k.a hari outing
skip masa mandi,gosok gigi dan sebagainya ya.
sampai masa untuk memakai shawl.
pakai punye pakai punye lilit.
ish.apahal nampak tak elok ye?
bukak balik.
lilit balik.
dah berkali kali perbuatan ini diulang ulang ya.
memang hari ni bad-tudung-day nampaknya.
kat luar penunggu-penunggu dah menampakkan muka ketat mereka.
peluh pula sudah memercik keseluruh badan.
tekanan makin terasa.

oleh sebab tidak berdaya berhadapan dengan tekanan sebegitu rupa.
i ended up with pakai tudung-empat-segi-yang-dilipat-pastu-jadi-tiga-segi.
haih. (-_-')

keluar bilik.
rakan outing berkata "elok nampak kau pakai tudung ni"
di sambut dengan senyuman manis.

lagi sorang rakan outing berkata " kalau kau pakai shawl tadi aku tak taw la ape jadi ngan kau"
di sambut dengan "tula pasal,serabot gile"

dalam diam, rupanya mereka tak rasa saya cantik bila pakai shawl.
so perempuan sekelian.
dont ever ask your boyfriend about fashion. they know NOTHING.

nanti saya akan bereksperimen lagi dengan shawls.
nak gain confident nak pakai nih.
tak abez2 nak gain confident kan.
ok.cukup.jumpa lagi.
*cerita di atas ada kene mengena sket dengan yang hidup. tapi ada juga yang direka untuk kesinambungan idea, diharap jangan ada yang terasa*