Saturday, October 23, 2010
i am shutting this down.
baru sedar, saya ni tak tawaduk kan dalam membuat sesuatu perkara kan?
eh.
tak tahu nak cakap apa sebenarnya.
saya tak nak blogging dah.
saya rasa saya lebih enjoy tulis dalam jurnal saya daripada menaip di alat elektonik ni.
so,kepada sesiapa yang berminat nak baca jurnal saya boleh request.
*hoh. kau ingat kau jessica alba orang nak kene request2?
bukan apa,
saya rasa banyak halangan untuk saya teruskan blog ni.
first skali, of koz la internet.
*bisik-bisik : saya takde duit nak bayar broadband.
Uspot kolej jangan citer la. indah khabar dari rupa.
kedua, saya takde masa nak menaip.
ah. alasan macam taik.
padahal ambik kos BSDP(K)-Fizik je kan.
Encik Zack (blog realiti konspirasi-sila usha) tu belajar kat Jepun, ambik kos engineering pulak tuh. eh, engineering ke? betol kot.
ada je masa nak membebel kat blog dia kan.
tu dia, lain orang lain ragam kan.
lagi pon, dia tu pandai.
saya ni..ish. lagi sekali alasan macam..ish. shit la.
dan yang paling penting,
saya rasa saya lagi seronok membebel kat jurnal saya.
tak tahu kenapa la.
rasa macam jurnal tu dah sebahagian dari diri saya.
*ish, benci la buat ayat cliche macam tu. tapi betol, memang betol, sumpah betol.
hampir semua benda saya tulis dalam jurnal.
happy, sedih, bosan, excited. yela. mende yang orang tulis dalam blog.
sebab tu kalau orang tengok jurnal saya mereka akan tanya "kenapa tak tulis dalam blog?"
masalahnya, saya ada blog pon saya tulis dalam jurnal jugak.
so tak yah la ada blog.
lagi pon, dengan adanya blog, kau macam bagi tiket untuk stranger masuk dalam hidup kau.
macam tiket " the access to my life....."
sebenarnya takde masalah pon dengan stangers kalau kau tak kisah..kan.
tapi kalau kau kisah, kau private kan la blog kau tu..
macam saya, saya memang kurang senang kalau orang yang tak dikenali tiba2 nak ambil tahu pasal kehidupan peribadi saya.
*ah, nasib baik saya ni bukan artis kan? ahhaha!
jadi, saya rasa elok lah saya memberhentikan kerja belog-membelog saya sampai di sini sahaja.
tapi, i mean this like really mean this.
kalau ada kawan2 saya yang rasa macam nak baca jurnal saya tapi takot saya akan membaham dia seperti singa yang lapar, just ask me.okay.
jurnal is like u have a blog but u make it private so that u know who is reading your blog.
it is okay to me.
so. this is the end of my tak-sampai-20 entry-dah-nak-stop-blogging blog.
bye bye blog.
i will miss you.
and, oh. i am still the chicken who dont have the guts to wear shawls. (T__T)
dah la zafirah, tunggu la sampai orang dah tak pakai shawls lagi baru kau terhegeh-hegeh.
Friday, September 3, 2010
rindu rinduan
Wednesday, July 14, 2010
ape nak jadi?
hooo yeahhh..memang bersemangat la kan...
masa kat rumah rasa macam oh! excitednye nak balik...nak jumpa kura-kura sekelian...
nak makan kuey teow gorang abang sedap. sumpah abang tu masak sedap gile.
tapi tup2 naik sem abang tu da tak keje. saya pon menambil kesempatan interview makcik yang dulu keje sekali ngan abang tu untuk merungkai persoalan yang telah mengecewakan hati saya itu. sekali makcik tu cakap abang tu dah balik melaka buat bisnes sendiri.
cis abang. buat ape kau susah2 balik melaka, kat sini aku dah sedia jadi pelanggan tetap kau.
dan naik sem ni saya telah menanam beberapa azam untuk menjadikan diri ini lebih baik daripada diri ini pada sem lepas.
waahh..baek punye ah ayat.
azam pertama : tak nak ponteng kelas.
yang ini sangat penting ye. restu cikgu tu penting untuk kita dapat ilmu yang halal.
masa cuti hari tu saya ada borak2 dengan ibunda saya. macam2 la kami borakkan. dari pasal kaler baju raya tahun ni, pasal abang nak tunang, pakwe makwe adik beradik, esok nak masak pe, esok saya nak makan apa sampai la ke isu-isu semasa artis malaysia kita. yes, ibunda saya memang suka gossip2 artis ni.
sekali keluar la topik pasal belajar (punya la aku berusaha nak alih2 topik kan). yela perbualan antara emak dan anak, what do you expect? mesti lah nak macam ilmiah sket kan.
mula2 cakap pasal kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang tak berapa berdisiplin.
ala. tak berdisiplin camane sangat..makan x ikut waktu, mandi tak ikut waktu, tido lambat, bangun lambat, tak pegi kelas sebab bangun lambat, mende-mende camtu je..senang cite time management la kan.
pastu mula la ibunda saya menunjukkan bakatnya yang tidak dapat disangkal lagi kehebatannya. membebel. bukan. bukan saya tak suka ibunda saya membebel. cuma..urmm..cuma...arr..err..tu...ala...


ah.cukup zafirah.
ibunda membebel sebab dia take care..kan..dia sayang sangat la tuh..
macam ibunda saya, saya makan lambat2 nanti dia cakap dapat gastrik..
saya mandi lewat2 malam dia cakap nanti dapat sakit jantung berair.
mende2 macam tu kita dah tahu kan..tp saje buat tuli tak nak ikot.
eh.jap. ni nak citer pasal ape ni? seronok je aku menaip.
TAK NAK PONTENG KELAS KAN?
macam ni, saya buat confession la kat ibunda saya yang saya selalu gak ponteng kelas lagi2 kalau kelas tu seawal pukul 8 pagi.
memang harapan la kan.
dah dengar confession saya tu.
ibunda saya ape lagi. dia terus buat muka. nak merajuk la tuh. sebelum muncung beliau panjang sedepa mesti la kene membebel sejam dua.
ok2. nak buang sikit rasa guilty tu saya pon berjanji untuk tidak lagi ponteng kelas secara sengaja.
okeh! semangat nih!
ni dalam first week kelas dah setat ni kan..
malang sekali.
hari isnin dan jumaat je muka aku menonjolkan dirinya di kelas.
hari isnin tu kelas ape ek namanya?aku tak ingat da.
sebab tulis entry ni hari ahad kan,
so ingatan kejadian seminggu yang lepas macam dah semakin pudar.
kalau tak silap aku kelas Fizik Keadaan Pepejal.
ya, kalau dalam bahasa melayu ia kedengaran pelik sikit.
kalau dalam english orang panggil Physics In Solid State. ha,cam sedap sket bunyi dia ek?
hari Jumaat pulak aku pegi kelas Kaedah Matematik Dalam Fizik.
yang ni pon nak translate ke english jugak ke?
tak payah la ek. aku pon tak tahu nama dia dalam bahasa omputih ape.
ha, kelas ni memang aku konpem aku memang wujud dalam kelas tu. sebab hari Jumaat kan.
tapi aku rasa macam tak ada makna aku datang kelas tu.
sumpah.
macam ni cerita dia.
kelas tu pukul 10 pagi.
so malam tu aku agak2 ok ar ni, pukul 10. tak awal sangat tak lewat sangat.
aku tido.
pagi tu roomate kesayangan kejut bangun subuh.
dah sembahyang.. tengok jam dalam pukul 6.58 macam tu.
dalam hati, wah! rasa hari ni bermakna sikit sebab bangun subuh awal
pastu dan dan rasa bersemangat je nak pegi kelas pukul 10 nanti.
"ini sudah bagus!" kata aku dalam hati. yela,dah lama tak pegi kelas,kau rasa excited la kan.
"tapi sekarang masih awal kalau nak bersiap pegi kelas." hati aku bermonolog lagi.
pastu aku rasa ada setan bertanduk datang bisik kat aku.
"eh fira, kelas lambat lagi, baik kau tido lu. kau tengok bantal kau tu. empuk semacam aku tangok. comforter kau tu, mesti lembut je kan, mesti kau rasa macam dalam pelukan
krrooohh...kroohhh....krroohhh..
buka mata.
tengok enset.
shit! pukul 9.43 a.m camtu la kot.
message dan miss call daripada geng kura-kura tak dapat aku jawab lagi.
memang dah tahu dah isi dia apa.
"Fifi! jom gerak!"
"Fi, kitorang tunggu kat kafe eh."
last2.
"Fi, kitorang gerak lu r eh. jumpa kat kelas eh"
aku cepat2 mandi, siap2 ala kadar.
sampai lens pon tak sempat pakai.
dah la spek mata takde.
patah. aku tak tahu la haram jad mana pijak.
aku rasa aku.
tapi aku tak tahu pulak bila. sedar2 dah patah.
so dah sampai kelas tu.
memang dah lambat la kan.
aku berlagak profesional la.
PROFESSIONAL : wat muka comel2 sket bila masuk kelas tu.
kalau lecturer laki untung lepas la.
kalau ponpuan? pandai2 kau ar nak hidup.
aku takpe..memang inborn talent punye.
memang aku ditakdirkan selalu datang lambat agaknya.
dalam kelas.
terkebil-kebil aku tengok apebenda yang lecturer tuh ajar kat skrin putih tu.
sumpah tak nampak apa-apa.
apa yang aku dengar ada series, infinite series, mac lauren series, taylor series, diverging, converging dan apa-apa lagi la.
kalau ada budak2 sains yang baca blog aku ni mesti cakap "alah, senang je series2 ni" kan2?
ala..chapter 1 baru.
tak kan nak expect integration by substituion dan by part kot.
eh. yang tu pon senang bagi korang?
ok2..aku surrender. T___T
dah habis kelas, aku pikir.
ape yang aku dapat dari kelas yang aku pegi tadi.
ya,assingment.
cis. baik aku sambung tido tadi.
so, pengajaran daripada peristiwa hari Jumaat,
hari ni aku pegi outing buat spek.
nice one.
RM128.
I loiikeee...hehe..
ok.dah dapat spek baru sila pegi kelas selalu ye Zafirah!
eh tapi ok ape.
kira macam pembuka dan penutup la kan pegi kelas hari Isnin dan Jumaat je.
cis, kau ni zafirah. perangai macam haram.
kalau la ibunda aku baca blog aku ni kan, mesti dia kecewa dengan aku.
hantar aku belajar, bagi duit.
mati-mati ingat aku tengah tunggang terbalik buat esaiment, study sampai pukul 3 4 pagi.
hish. ni macam dah tempah title anak derhaka buat ibunda terasa.
ish. neraka tu..
ok! esok pegi kelas!!
eh.tak larat pulak nak taip azam kedua.
nanti2 pulak la eh..hoho.
p/s: nanti bila ada masa geng kura-kura akan diperkenalkan... (^_^)
Saturday, July 3, 2010
tag? bestest? greatest?
Friday, July 2, 2010
suka! mahu! dan kesukaan.



Tuesday, June 29, 2010
please!
but
I am praying for Spain to kick Portugal straight to their asses.
*well not practically i want them to kick asses.*
but please make them lost.
PLEASE Torres!
the hope of the universe
David Villa.
urm..actually i don't really know what this guy is capable of.
but i pretty know he is pretty handsome.
but i know he is gorgeous in the field.
and should i mention again?
the powerful Fabregas?
ok,enough.
i am a fragile girl who knows nothing about football
ecxept
the KACAK and TAMPAN players. gah!
but SPAIN please...
PEASE WIN!
so that i can go to NORINNA SAPUAN and laugh out loud at her.
bhahahahaha!!
*do you know that we don't pronounce David Villa's name as DAVID VI-LA but its DAVID VI-YA
same goes to Casillas, we pronounce it as CASIYAS*
i heard the pengulas sukan said it several times.
what is pengulas sukan in english?
......................
ok, my english is bad.
no offense.
please excuse me for that.
T__T
ok, back to the info that i just told.
sorry if you already know it and it annoys you.
and for boys (if any) i know this kind of info will be boring to you and its lame.
but nah!
i got something from watching football
other than battling with myself about which player is handsomer.
and one more thing,
i don't really like it when girls talking about football.
even if I am one of them.
i have no idea why.
.........................
ok, i know why.
i just don't want to say it.
huhu.
GLORY FOR SPAIN!
Wednesday, June 23, 2010
I watch football because the players are so hot!
Mood: excited sikit
Location: Sepanyol. wah wah wah!
Ok, fine, tipu.. Terengganu, Malaysia je.
Dengan bangganya Melor memperkenalkan jersey bernombor 10 nya..tiba-tiba je kan..bia ah

Ok2. Saya tahu memang ramai orang kat FB tu ada jersey ni.
Tahu kenapa 10? Kenapa spain?
Kerana spain ada seorang pahlawan handalan yang memakai jersey bernombor 10 yang bernama Francesc Fabregas!
ouh.dia hensem awak….
Saya memang gila dengan dia sejak form 5 lagi.
Saya ingat lagi first time saya tengok muka dia. Bukan, bukan dalam tv.
Masa tu malam, ececeh..konon malam romantic r.. (apehal!)
Betol, masa tu malam, saya kan form 5 masa tuh. Malam tu prep la macam biasa dalam kelas kn.
Saya pon menggunakan masa prep tersebut dengan sepenuhnya. Kan nak dapat 10A1 masa tuh. Ok,lupakan. (=_=’)
Da nak dekat habis masa prep tu, one of desk mate saya bangun..kemas kemas buku atas meja dia. Dia ni lelaki ya. Maklumla. Meja budak laki ni memang cam tongkang pecah, tu atas meja, dalam meja tongkang kene bom r jawabnye.
Ok2, saya kene focus sket dalam bercerita nampaknya, ada je nak melencong kan. Tengah dia angkat buku buku dia tu untuk diletakkan dalam pigeon hole kt belakang kelas, ouh. Kat sekolah saya memang sorang student akan dapat satu pigeon hole untuk meletakkan buku buku yang tak muat untuk di letakkan atas meja dan dalam meja, konon la budak MRSM rajin belajar, banyak la buku nak kene baca ye dok? KONON…
Bila da kurang sket semak atas meja dia tu, baru la saya perasan eh, eh, ada poster rupanya atas meja dia ni.
Saya pon usha poster poster tu.
Saya pon terpikat dengan kekacakkan seorang lelaki dalam poster tu.
*Eh.macam senang je kan nak terpikat kan, usha pastu terpikat.*
Saya pon tanya la kat desk mate saya tu..
Melor : eh. Eh. Dia ni nama apa ar? *sambil tangan menunjukkan kearah poster tu*
Desk mate: ouh. Dia Cesc Fabregas.
Melor: ooo..
Setakat tu je perbualan kami sepanjang malam tu. Bukan dengan cesc Fabregas..dengan desk mate saya tu la. Yela, macam awak tak tahu kan.
Memang saya dull sikit ngan budak laki sekolah saya dulu. Dorang pon dull ngan saya. I used to claim myself as ‘the invisible person in high school’. Sadis? Ouh. Tidak..aish,apebende nih. Proceed!
Ok, sejak malam tu saya pon suka kat Cesc Fabregas…sampai hari ni pon.
Awak kenal ke Cesc Fabregas ? nak kenal ng dia tak?

Bagi ar gambar dari blakang dulu..baru cam nak wat saspen sket.. saspen kan? Nice shot photographer!

Hah. Tak Nampak cool ke tu?
Nak lagi? Nah!

Nampak tak kat lengan dia tu ape? Team Captain tu babe. Tak cam nak cair meleleh lak saya ni kan..

Tak tak! Mereka bukan gay..mereka kawan biasa je. Christiano Ronaldo tu awak..
Sebut name dia kompem la ramai gila anak dara, makcik dan nenek yang akan cair kan.
ok, skarang, perati betol betol


Ya,saya jumpa ni kat web.
Nama dia Carla. Kalo dia cantik sikit boleh lagi saya terima kenyataan.
Tak, mereka buka kawan je.
Tak caye?
nah.
Wooo…woooo…woooo (T_T)
Hati saya pon terluka..
Saya nak blah dulu ah.
Sebelum tu, nah.

